"Bagi Sesiapa Yang Ingin Berkongsi Artikel..Boleh Send Terus Ke Email Peribadi Sy Shahnizam14@yahoo.com.."

Followers

17 October 2011

Hadis 1 (Hadis Dhaif)



Bismillahirrahmanirrahim..

Pembentangan pertama saya utk hadis palsu yang diambil dari buku 40 hadis palsu popular..seperti yang dijanjikan sy akan publish 5 dari 40 buah hadis yang terdapat dalam buku tersebut..InshaAllah..moga bermanfaat...

Hadis 1 : Menuntut Ilmu Sehingga Ke China


"Tuntutlah ilmu walau ke negara China"

Ulasan Sarjana

Hadis ini dimasukkan dalam senarai hadis palsu oleh kebanyakkan tokoh sarjana hadis dalam buku-buku karangan mereka; antaranya ialah :

- Al-Jarrahi dalam kitab Kashf al-Khafa'.
- Al-Abani dalam kitab Silsilah Ahadith al-Dha'ifah wa al-Maudhu'ah.
- Ibn Arraq al-Kannani dalam kitab Tanzih al-Syari'ah.
- Ali al-Qari dalam kitab al-Maudhua'at al-Kabir.
- Al-'Ajluni dalam kitab Kashf al-Khafa'.

Mereka semua menukilkan kata-kata tokoh sarjana Islam, Ibn Taimiyah yang menyatakan bahawa hadis ini adalah palsu.
Hadis ini dihukum sebagai hadis palsu kerana kecacatan yang terdapat pada sanadnya. Dalam sanad hadis ini ada seorang pelapor yang bernama Abu Atikah Tharif bin Sulaiman, beliau adalah seorang yang lemah dan tergolong sebagai salah seorang yang memalsukan hadis.

Sekilas Pandang

Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz (atau dikenali Syeikh Ibn Baz) dalam kitab al-Tuhfat al-Karimah di Bayan Ba'dhi Ahadith Maudhu'ah wa Saqimah menyebut:

"Seandainya hadis ini sahih,maka ia tidak menunjukkan keutamaan negara China dan juga penduduknya. Maksud hadis ini sekiranya ia sahih adalah galakan untuk menuntut ilmu biarpun perlu menempuh perjalanan yang sangat jauh. Ini kerana menuntut ilmu adalah perkara yang sangat penting. Ilmu merupakan faktor yang membawa kebaikan di dunia dan akhirat bagi orang yang mengamalkannya. Justeru, maksud hadis ini bukanlah negara China itu sendiri, tetapi kerana China adalah sebuah negara yang terletak jauh dari tanah Arab, maka Rasulullah menyebutnya sebagai satu perumpamaan. Hal ini sangat jelas bagi mereka yang mahu memerhati dan memahami hadis ini."

Namun sekiranya kita memahami hadis ini seperti yang dihuraikan oleh Ibn Baz, kita tetap tidak boleh menggunakan hadis ini sebagai hujah. Hadis ini tetap dihukum hadis palsu dan tidak ada pula sumber lain yang menyebut tentang perkara yang sama. Kita tidak menafikan bahawa Islam sangat menggalakkan umatnya untuk menuntut ilmu.

Ia merupakan tuntutan kepada setiap Muslim. Hal ini sangat ditegaskan ileh Nabi Muhammad:

"Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap Muslim."
(Hadis Sahih, direkodkan oleh Ibn Majah)

"Sesiapa yang melalui satu jalan bagi mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga."
(Hadis Sahih, direkodkan oleh Muslim)

Terdapat banyak lagi hujah lain yang sahih berkaitan galakan dan kelebihan menuntut ilmu. Semua hujah tersebut ini sudah cukup bagi kita untuk menggalakkan umat Islam supaya menuntu ilmu. Kenapa masih perlu lagi kepada hadis palsu?

Wallahualam..

"Allah meninggikan darjat orang yang beriman di antara kamu, dan orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan." (Al-Mujadalah : 11)

Sumber : 40 Hadis Popular (Abdul Razak Mutalib;PTS ISLAMIKA Sdn Bhd)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...